Tumpuan :
Nasional

Warga emas hilang Jumaat lalu ditemukan meninggal dunia dalam sungai

Sahamin Basir. – FOTO Ihsan Pembaca.

PUTRAJAYA: Lelaki warga emas, Sahamin Basir, 76, yang dilaporkan hilang di Sungai Pelek, Sepang pada Jumaat lalu ditemukan meninggal dunia, semalam.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pencarian oleh polis dan agensi lain, serta dengan bantuan ahli keluarga dan penduduk kampung membawa penemuan lelaki itu di dalam sungai berdekatan dengan kilang simen di Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek, pada 3.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Polis menasihatkan orang awam supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan berkongsi berita tidak benar berhubung kejadian itu,” katanya melalui satu kenyataan.

Pada 9.51 malam Jumaat lalu, polis menerima laporan daripada anak perempuan kepada lelaki itu yang menyatakan bapanya hilang dari rumah di Kampung Jalan Haji Saimin, Kampung Tanjong Mas, Sungai Pelek.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini