comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Warga emas maut dalam kebakaran awal pagi

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran membabitkan dua rumah di USJ4, Selangor awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Shamsul Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 pagi berhubung kebakaran membabitkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60 peratus serta sebuah kenderaan.

Beliau berkata sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang serta Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasangan suami isteri terbabit adalah warga tempatan dan berusia lingkungan 70-an.

“Wanita itu berjaya dibawa keluar oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Shamsul berkata api dapat dikawal sekitar 1.40 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini