comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Warga emas maut dirempuh lori

 

Oleh Akmaliah Razak

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh sebuah lori di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, petang tadi.

Mangsa, Ishak Musa, 73, beralamat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyaksikan mangsa berhenti di tepi jalan sebelah kiri dan kemudian bergerak masuk secara perlahan ke laluan utama.

“Dua kenderaan lain sempat mengelak manakala pemandu lori terbabit gagal mengelak dan merempuh mangsa dari arah belakang di laluan yang sama.

“Akibat pertembungan tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Gua Musang untuk proses dibedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini