comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut, kereta dipandu langgar pokok

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Panti 6, Taman Johor di sini, awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Yusof Othman berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4.13 pagi, lelaki berusia 74 tahun yang memandu Proton Saga itu maut di lokasi kemalangan.

“Kereta yang dipandu mangsa datang dari arah Jalan Panti 6 menuju ke Jalan Ledang hilang kawalan, sebelum terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini