Tumpuan :
Nasional

Warga emas parah dirempuh pikap

Foto hiasan

KUCHING: Lelaki warga emas parah dirempuh pikap yang terbabas di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan sebuah bank di Jalan Laksamana Cheng Ho di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata sebuah pikap yang dipandu seorang lelaki berusia sekitar 60 tahun hilang kawalan.

Menurutnya, pikap itu turut merempuh seorang pejalan kaki yang berada di hadapan premis bank menyebabkan lelaki berusia 60 tahun itu cedera parah.

“Pikap itu kemudian merempuh bank menyebabkan keseluruhan dinding kaca premis itu pecah.

“Selain itu, pikap berkenaan turut melanggar dua kenderaan lain dan tembok sebuah rumah ketika pemandu itu mengundur kenderaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, mangsa iaitu pejalan kaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan dirawat di Unit Kecemasan,” katanya.

Pemandu pikap serta dua lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Saundri Govinda Rajoo di talian 011-27549620 / 082-259900 atau melaporkannya di mana-mana balai polis yang berhampiran, bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini