Tumpuan :
Nasional

Warga emas rugi hampir RM1 juta, terpedaya pelaburan tidak wujud

Foto hiasan

IPOH: Seorang warga emas kerugian hampir RM1 juta akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud melalui media sosial.

Mangsa lelaki berusia 67 tahun itu terjerat selepas mempercayai janji akan meraih pulangan keuntungan 20 peratus dalam tempoh hanya setengah jam sekiranya melabur RM5,000.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, terdahulu mangsa terpengaruh dengan iklan berkaitan pelaburan saham, ketika sedang melayari Facebook di rumahnya, di sini, 4 Disember tahun lalu.

Katanya, warga emas itu kemudian menekan pautan diberikan seorang wanita sebelum mangsa dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp, selain diminta memuat turun satu aplikasi.

Beliau berkata, mangsa kemudian diperdaya oleh suspek untuk melakukan 16 transaksi pembayaran dalam talian ke tiga akaun bank berbeza membabitkan jumlah RM974,000.

“Pada 11 Januari 2025 (kelmarin), warga emas itu membuat semakan dalam laman Google tetapi mendapati pelaburan berkenaan tidak wujud.

“Susulan itu, lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini