comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga Singapura gagal kawal kenderaan, tiga McLaren M4 terbabit kemalangan – Polis

Foto tular & ihsan polis

KLUANG: Disebabkan salah seorang pemandu gagal mengawal kenderaan mewah yang dipandu, tiga warga Singapura berputih mata.

Kejadian berlaku apabila kenderaan mewah itu terbabit dalam kemalangan ketika salah sebuah daripadanya mahu membelok ke satu persimpangan dekat kilometer (KM) 63 Jalan Yong Peng, di sini 9 pagi tadi.

Foto tular & ihsan polis

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, bagaimanapun ketiga pemandunya selamat.

“Ketiga-tiga McLaren M4, dari Batu 4 ke arah Taman Seri Lambak. Apabila tiba di tempat kejadian kenderaan paling hadapan telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu memasuki ke simpang kanan.

Foto tular & ihsan polis

“Manakala kenderaan di tengah sudah pun membrek namun kereta paling belakang hilang kawalan hingga melanggar kereta di bahagian tengah lalu bergerak ke hadapan dan melanggar kereta yang pertama,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini