comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga Singapura koma, Alphard jatuh gaung

Keadaan Toyota Alphard yang terbabas di hulu Sungai Sedili Jalan Kota Tinggi-Mersing, Felcra Sungai Ara di Kota Tinggi semalam. – FOTO: NSTP/Ihsan Bomba.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Singapura koma selepas kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard dipandunya terjunam ke dalam gaung, di hulu Sungai Sedili di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Felcra Sungai Ara di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Christopher Lim Teck Whye, 49 turut tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu seorang diri dan terbabas ketika kejadian yang berlaku lebih kurang jam 4.24 petang.

“Mangsa ketika ini koma dan keluarganya sedang menguruskan untuk membawanya pulang ke Singapura,” kata Hussin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Ibrahim Wahid mengesahkan mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini