comscore
Tumpuan :
Nasional

Waris bayi perempuan dicari

FOTO: Ihsan JKM

KUANTAN: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha mencari waris bayi perempuan mangsa pengabaian berumur 14 hari yang ditinggalkan di warung Kampung Jenud, Ulu Atuk, Raub.

Tiada dokumen ditemui bersama bayi terbabit dan selepas ditemui pemeriksaan kesihatan telah dilakukan di Hospital Raub sebelum kini ditempatkan dibawah penjagaan JKM.

Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Raub, Fairuez Ramli, berkata bayi berkenaan ditemui pasangan suami isteri yang mengusahakan warung di Kampung Jenud pada 28 Ogos lalu.

Katanya, ketika ditemui bayi terbabit dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Jeruas, sebelum dirujuk ke Hospital Raub untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita tidak pasti pihak yang bertindak meninggalkan bayi perempuan berkenaan di warung, tiada sebarang dokumen diri dan nota daripada penjaganya ditemui bersamanya.

“Kes berkenaan disiasat Seksyen 25 (2) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kini bayi terbabit dibawah penjagaan institusi JKM sepenuhnya,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mohon waris atau individu yang mempunyai maklumat mengenai bayi terbabit dapat menghubungi Pelindung Kanak-Kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Raub bagi tujuan mengesan waris bayi berkenaan.

“Mereka boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Raub ditalian 09-3551113,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini