comscore
Tumpuan :
Nasional

WCE laksana kutipan tol di Plaza Tol Banting mulai tengah malam Isnin ini

KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi Jajaran Seksyen 1, yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) akan mula dilaksanakan tengah malam Isnin ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, WCE memaklumkan jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu ketika ini beroperasi secara percuma selama sebulan, sejak 31 Ogos lalu.

Kadar tol dan kaedah pembayaran kadar tol di Seksyen 1 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuhraya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas.

“Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE.

“Kutipan tol Seksyen 1 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, Smart Tag dan RFID.

“Justeru, pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini