comscore
Tumpuan :
Nasional

Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier tunai solat sunat Aidilfitri bersama ribuan jemaah

KUCHING: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara.

Di Sarawak, lebih 5,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Masjid Jamek Petrajaya.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Solat sunat Aidilfitri yang bermula pada jam 8.15 pagi, dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Tun Wan Junaidi dan Isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini.

Manakala  Tan Sir Abang Johari dan Isteri Puan Sri Juma’ani Tunku Haji Bujang juga mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK selama dua hari bermula hari ini dari jam 10:00 pagi hingga jam 3.00 petang dan esok hari pada jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini