comscore
Tumpuan :
Nasional

Yayasan Bank Rakyat hulur bantuan persekolahan

Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof (dua dari kanan) dan Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang menyampaikan Bantuan Persekolahan kepada murid daripada keluarga B40, di Kuching, Sarawak.

KUCHING: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meneruskan tradisi mendekati golongan memerlukan menerusi sumbangan bantuan persekolahan kepada pelajar.

Seramai 500 pelajar menerima bantuan berkenaan dalam Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya di Institut Dewan Kampung Malaysia Jaya, di sini, kelmarin.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, berkata sejumlah RM50,000 diperuntukkan bagi pelajar sekitar daerah itu, membabitkan keluarga asnaf dan golongan B40.

“Walaupun jumlah bantuan yang disalurkan kepada murid-murid ini kecil, kita harap ia memberi sedikit kegembiraan buat mereka dan sebagai tanda kasih sayang dan ingatan YBR.

“Semoga bantuan ini menjadi pencetus semangat mereka berasa seronok ke sekolah dan mendapat pendidikan sama rata sama seperti yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Majlis disempurnakan dengan upacara penyampaian cek secara simbolik oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Philip berkata, pihaknya yakin sumbangan itu dapat membantu ibu bapa mempersiapkan anak-anak mereka mengharungi sesi persekolahan yang bakal bermula 11 Mac ini.

Tahun lalu, katanya, seramai 10,726 murid menerima bantuan persekolahan YBR dengan jumlah keseluruhan RM1.75 juta membabitkan 31 lokasi seluruh negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini