
PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Tuanku Abdul Halim, ibu negara petang ini.
Zahid memaklumkan kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majis pecah tanah Bangunan MIC di Jalan Rahmat.
Mangsa katanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
“Kami bergegas membantu Encik Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan.
“Saya doakan Encik Satnam kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.