comscore
Tumpuan :
Nasional

Zahid beri jaminan tidak ambil tindakan pegawai kementerian suarakan pandangan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi jaminan tidak akan memindahkan pegawai dan kakitangan yang mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kementerian.

Beliau berkata, kebersamaan serta kerjasama di antara generasi muda dan generasi tua adalah penting untuk mencapai matlamat sama dalam usaha mentransformasi kementerian.

“Saya harap pegawai keseluruhannya jangan takut suarakan pandangan demi pembaikan.
Kita perlu melibatkan semua pihak. Sila kemukakan pandangan dan idea baharu.

“Jangan risau dengan tindakan akan dipindahkan atau diturunkan pangkat. Jika pegawai atasan tidak mendengar cadangan baik daripada pegawai lain, saya tidak akan pindahkan atau tukar jawatan anda,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, warga perkhidmatan awam wajar membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.

Anwar berkata, teguran atau pandangan kakitangan bawahan terhadap menteri dan pegawai atasan dalam pentadbiran boleh dibuat menggunakan mekanisme sedia ada seperti pertemuan setiap hari atau melalui mesyuarat selepas mesyuarat Jemaah Menteri, dan seharusnya tidak melalui pihak ketiga seperti media massa.

Loading...
Terkini