comscore
Tumpuan :
Nasional

Zahid harap peruntukan RM2 bilion untuk agama Islam dalam Belanjawan 2025

FOTO: NSTP

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat menambah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2025 Malaysia MADANI yang akan dibentang 18 Oktober depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Hamidi berkata, ini kerana terdapat lebih 2,500 maahad tahfiz yang masih belum berdaftar kerana tidak cukup syarat sebagai sebuah institusi pendidikan.

“Bagi pihak pelajar, saya minta Perdana Menteri carilah jalan tambahkanlah peruntukan untuk 2,500 maahad tahfiz agar dapat dipermudahkan untuk proses pendaftaran, ini kerana ramai memperlekehkan huffaz dan pelajar mahad tafiz.

“Insyallah bulan depan ucapan Belanjawan 2025 pada hemat saya lebih RM2 bilion akan diperuntukkan untuk agama islam, yang penting kita satukan hati walaupun berbeda pendapat namun perlu ada adab dalam menangani perkara itu,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan 24K Huffaz yang dianjurkan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini