
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, dipanggil ke Bukit Aman untuk disoal siasat, esok.
Dalam ciapan di X, Zaid berkata, beliau akan disoal siasat mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan.
“Saya mengharapkan hujung minggu yang baik, tetapi tidak. Esok saya akan disoal siasat oleh Bukit Aman.
“Mengapa mereka tidak boleh menjadi lebih baik kepada lelaki tua yang tidak membahayakan sesiapa.
“Saya hanya suka ‘tweet’, kita tidak ada masa atau kecenderungan untuk melakukan kerosakan, tidak ada masa menghasut atau mendatangkan bahaya kepada sesiapa.
“Kadang-kadang, kita cuma ingin menyatakan pandangan untuk bersosial dan menjelaskan pandangan lain. Media sosial boleh menjadi pendidikan juga,” katanya.
Mohd Zaid bagaimanapun tidak menyatakan akan disiasat berkaitan isu apa.