comscore
Tumpuan :
Nasional

Zakat fitrah di Sarawak ditetapkan pada RM7.50 seorang, naik 50 sen

Majlis Islam Sarawak (MIS) menetapkan kadar zakat fitrah di Sarawak bagi tahun ini ialah RM 7.50 seorang. FOTO: NSTP

KUCHING: Kadar zakat fitrah di Sarawak ditetapkan RM7.50 seorang, naik 50 sen berbanding RM7 sebelum ini.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata kadar itu dipersetujui oleh kerajaan negeri Sarawak selepas diluluskan di peringkat mufti dan mesyuarat Majlis Islam Sarawak (MIS).

Menurut  Abang Mohd Shibli, kadar itu tidak jauh beza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

“RM7.50 adalah satu kadar yang mampu dibayar oleh masyarakat Islam, jadi tunaikanlah tanggungjawab membayar zakat fitrah seawal yang mungkin. Ini bagi memudahkan amil untuk menghantar kutipan itu kepada pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS),” katanya.

Menurutnya, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan secara online atau secara fizikal kepada amil bertauliah yang dilantik.

Seramai 788 amil dilantik bagi mengutip zakat fitrah bagi penduduk Islam Sarawak di sepanjang Ramadan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini