comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Zaliha nafi KKM mahu bawa masuk jururawat luar negara

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menafikan kementeriannya ingin membawa masuk jururawat daripada luar negara bagi memenuhi keperluan di dalam Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyatakan, Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang memperhalusi keperluan petugas kesihatan di setiap peringkat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami di KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara,” ciapnya melalui laman Twitter.

Zaliha berkata, KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan mengambil jururawat luar negara.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan sebelum ini bahawa KKM mempertimbang mengambil jururawat asing bagi keperluan hospital swasta.

Mengulas lanjut, Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang menjelaskan, kerajaan sentiasa mengutamakan jururawat tempatan yang sudah meluangkan masa demi kesihatan rakyat.

“Kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat tempatan yang berkorban masa serta tenaga demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia.”

Loading...
Terkini