comscore
Tumpuan :
Nasional

Ziarah Hari Gawai hari pertama sahaja

KUALA LUMPUR: Ziarah-menziarahi sempena sambutan Hari Gawai, esok hanya akan dibenarkan pada hari pertama dengan kepasiti 20 individu di dalam rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) pada hari perayaan itu sama seperti perayaan lain seperti Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

“Sudah tentu perayaan Hari Gawai akan disambut berbeza pada tahun ini dan saya sekali lagi mengingatkan agar perlunya mematuhi SOP antaranya sambutan pada hari pertama sahaja.

“Kapasiti lawatan pula adalah 20 orang sahaja dan digalakkan adalah keluarga dalam rumah serta jiran terdekat sahaja.

“Sebaiknya mereka yang berada di dalam rumah,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat di negara ini perlu mengadaptasikan cara sambutan perayaan baharu ketika ini dan berusaha bersama-sama untuk menghapuskan rantaian penularan COVID-19.

Loading...
Terkini