comscore
Tumpuan :
Nasional

Ziarah Kasih Madani dekati keluarga susah, salur bantuan

PADANG RENGAS: 11 keluarga dari kalangan B40 di sini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Ziarah Kasih Madani.

Sumbangan sebanyak RM1,000 disampaikan kepada setiap keluarga dengan diwakili oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Umpamanya saya sebagai setiausaha politik untuk turun ke kawasan lapangan bertemu sendiri dengan penduduk dan juga masyarakat, kelompok miskin tegar ini untuk menyampaikan dalam masa yang sama melihat masalah. apa yang perlu dibaik pulih oleh dan dalam masa sama menyampaikan sumbangan bagi pihak yang amat berhormat Perdana Menteri kepada keluarga-keluarga yang berkenaan, ” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di kediaman salah seorang penerima sumbangan iaitu Ahmad Zawawi, di Kampung Jenalik Hulu di sini.

Tambahnya, selain bantuan berkenaan, pihaknya turut melihat keperluan lain seperti pembaikan kediaman yang boleh disalurkan melalui projek mesra rakyat(PMR) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri kepada keluarga berkenaan.

Menerusi pendekatan itu katanya akan memastikan golongan miskin tegar yang dibantu, tidak kembali berhadapan kesukaran hidup.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini