comscore
Tumpuan :
Nasional

Zulaikha sudah pulang

PETALING JAYA: Remaja perempuan yang dilapor hilang sejak Sabtu lalu selamat pulang ke rumahnya di Ara Damansara kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, remaja itu, Zulaikha Abdul Azim, 16, pulang sendiri pada jam 9 malam.

Menurutnya, remaja terbabit hari ini juga sudah tampil membuat laporan polis selepas pulang ke rumahnya.

“Hasil siasatan mangsa berada di rumah rakannya sepanjang kehilangannya,” katanya kepada media.

Terdahulu remaja berkenaan diaporkan berasa terkongkong dan berang ditegur kerana bermain telefon sehingga malam menyebabkan dia bertindak ‘melarikan diri’ dari rumahnya di Ara Damansara, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa kali terakhir di rumahnya di Ara Damansara pada Sabtu lalu jam 2.30 petang.

Bagaimanapun sebaik siaran media kehilangannya dilaporkan media, mangsa pulang kembali ke rumahnya pada malam raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini