comscore
Tumpuan :
Negeri

111 kesalahan lalu lintas dilakukan pelajar bermotosikal ke sekolah

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Sebanyak 111 kesalahan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya yang dijalankan di sebuah sekolah menengah di Bukit Katil, di sini, hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, antara kesalahan tertinggi yang dikesan ketika pemeriksaan itu ialah tiada lesen memandu, tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dan ‘L’ pada kenderaan masing-masing.

Bagaimanapun jelasnya, tiada tindakan kompaun diambil terhadap pelajar terbabit.

“Sebaliknya JPJ hanya mengeluarkan notis peringatan akhir kepada ibu bapa dan pelajar agar tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya ketika ditemui di JPJ Melaka, Bukit Katil, hari ini.

Pada program yang bermula dari jam 7 hingga 9 pagi itu, sejumlah 163 motosikal yang digunakan pelajar diperiksa.

Menurut Muhammad Firdaus, notis peringatan itu bertujuan agar golongan muda terutama pelajar tidak terus mengulangi kesilapan sama pada masa hadapan.

“Kita tidak mahu para pelajar ini beranggapan kesalahan yang dilakukan mereka adalah sesuatu yang remeh,” katanya.

Program advokasi itu jelasnya, menumpukan kepada pelajar yang hadir ke sekolah dengan menunggang sendiri motosikal.

Selain pemeriksaan ke atas kenderaan, kata beliau, pihaknya juga mengadakan taklimat bersma pelajar dengan menerangkan secara jelas peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi.

“Pemeriksaan ke atas pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah sebagai pengangkutan utama,” ujarnya.

Loading...
Terkini