comscore
Tumpuan :
Negeri

Bomba bantu kebumi jenazah 230kg

FOTO: Ihsan Bomba

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Disebabkan berat badan mencecah 230 kilogram (kg), sebuah keluarga memohon bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengangkat jenazah salah seorang ahli keluarga berkenaan untuk dikebumikan di Bukit Baru, Melaka hari ini.

Dalam kejadian jam 11.51 pagi itu, sepasukan enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil membantu menurunkan jenazah lelaki berusia 29 tahun ke dalam liang lahad di Kampung Paya Ikan, di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil Pegawai Bomba Kanan II Kamarudin Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.47 pagi sebelum sepasukan anggota terbabit tiba di tanah perkuburan itu empat minit kemudian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati seorang jenazah lelaki berusia 29 tahun seberat 230 kg yang memerlukan bantuan untuk diangkat dan diturunkan ke liang lahad.

“Anggota bomba sambil dibantu beberapa ahli keluarga kemudian menurunkan jenazah berkenaan menggunakan hos masuk ke liang lahad.

FOTO: Ihsan Bomba

Menurut Kamaruddin, kerja-kerja menurunkan jenazah sehingga ke liang lahad mengambil masa kira-kira setengah jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengebumian jenazah lelaki berkenaan selesai sepenuhnya pada jam 12.21 tengah hari.

Loading...
Terkini