comscore
Tumpuan :
Negeri

Pindaan Enakmen Babit ‘Pengkid’ Dibentang DUN Terengganu November Ini

KUALA TERENGGANU : Beberapa pindaan dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu membabitkan kesalahan wanita menyerupai lelaki atau ‘pengkid’ akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Terengganu November depan.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zaki Wan Mohd berkata menerusi pindaan itu, hukuman membabitkan ‘pengkid’ adalah sama seperti golongan lelaki yang menyerupai perempuan atau ‘mak nyah’.

“Hukuman sedia ada hanya untuk lelaki berlagak perempuan sahaja dan itu dikira kesalahan. Terbaharu perempuan berlagak lelaki juga dikira satu kesalahan dan perkara itu perlu penambahbaikan.

“November ini pindaan enakmen itu akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk dibahas dan diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Forum Penambahbaikan Enakmen-Enakmen Syariah 2001 di sini, hari ini.

Menurut beliau draf penambaikan enakmen itu telah siap oleh jawatankuasa dilantik Exco Pelaksanaan Syariah negeri.

Di Terengganu, hukuman bagi lelaki yang berlagak perempuan adalah denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.

Loading...
Terkini