comscore
Tumpuan :
Negeri

[VIDEO] Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir Terengganu) 2001 dibentang cegah penggunaan sihir

 



Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah / Zamri Ghani

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan membentangkan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir Terengganu) 2001 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, antara pindaan tersebut ialah mengekang penularan pengggunaan sihir dalam perubatan alternatif yang berselindung di sebalik label rawatan Islam.

“Kita nak jaga rakyat Terengganu apabila melibatkan rawatan islam supaya betul-betul selari dengan syariat dan supaya tidak terlibat dengan agenda sihir”.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan lisan Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pas-Batu Burok) pada Sidang DUN Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata pindaan enakmen takzir itu juga persediaan sekiranya Rang Undang-Undang 355 dibentangkan di Parlimen kelak.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Perpaduan baharu yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat meneruskan pembentangan RUU 355 sehinggalah diluluskan.

Loading...
Terkini