comscore
Tumpuan :
Negeri

Polis Siasat Insiden Nelayan Malaysia Dihalau Di Perairan Negara

ISKANDAR PUTERI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terhadap insiden membabitkan kumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura, yang berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura, petang semalam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu ketenteraman awam.

“Polis maklum mengenai video tular media sosial yang berdurasi 2:02 minit dan 0:43 saat yang memaparkan insiden pertengkaran mulut membabitkan sekumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura yang berlaku di perairann Malaysia berhampiran sempadan Singapura.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil nelayan Malaysia yang terbabit serta siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sekumpulan 10 nelayan tempatan mendakwa dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Link Kedua di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila mereka dihalau menggunakan pembesar suara dari bot pihak berkuasa negara jiran itu, walaupun masing-masing berada dalam perairan negara.

Loading...
Terkini