comscore
Tumpuan :
Negeri

PRN Terengganu akan dibuat serentak dengan negeri lain

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Oleh Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mempertimbangkan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan negeri lain yang belum mengadakan pilihan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan Menteri Besar Selangor berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya akan turut mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan pilihanraya awal seperti yang disarankan Datuk Seri Sahidan Kasim berikutan momentum kemenangan Pakatan Nasioanal (PN) dalam PRU-15 baru baru ini.

“Saya rasa kita akan cuba cari ruang waktu yang sama pembubaran akan datang belum tentu lagi dan kita terima sebagai satu cadangan termasuk cadangan berbeza dan kita akan timbang mana yang sesuai”, ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Terengganu 2022 di Kuala Terengganu.

Loading...
Terkini