comscore
Tumpuan :
Negeri

Sarawak rekod 11 kematian akibat rabies setakat ini

 

FOTO: NSTP

KUCHING: Seorang lelaki berusia 60 tahun dari Sibu, Sarawak, meninggal dunia pada Isnin lalu akibat dijangkiti wabak rabies.

Kes terbaharu itu menjadikan 14 kes keseluruhan wabak rabies, termasuk 11 kematian dilaporkan di Sarawak tahun ini sehingga 6 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, mangsa yang dirawat di Hospital Sibu meninggal dunia jam 11.41 pagi dan disahkan dijangkiti rabies menerusi ujian diagnosa makmal.

“Mangsa dilaporkan telah mengalami gejala jangkitan rabies bermula pada 26 November 2022 dan telah pergi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan pada 1 Disember 2022, apabila gejala bertambah teruk termasuk kesukaran menelan makanan dan minuman,” katanya.

Beliau berkata, mangsa terbabit tidak mempunyai sejarah pernah digigit anjing namum didapati pernah mengendalikan bangkai haiwan berkenaan pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, status jangkitan rabies bagi haiwan yang dikendalikan oleh mangsa itu tidak dapat dipastikan.

Loading...
Terkini