comscore
Tumpuan :
Negeri

Sarawak teruskan penajaan program pengajian Doktor Perubatan

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Istiadat Konvokesyen UNIMAS.

KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan meneruskan penajaan bagi program pengajian Doktor Perubatan jika pemintaan terhadap profesion berkenaan masih tinggi sama ada di negeri itu serta negara.

Pemberian tajaan berkenaan bagi membolehkan negeri itu mencapai sasaran melahirkan sejumlah 200 graduan doktor perubatan dalam tempoh lima tahun, sekaligus membantu mengatasi masalah kekurungan doktor khususnya di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penajaan serupa juga turut diberikan kepada bidang pengajian lain yang berupaya memberikan impak ekonomi kepada negeri selari dengan dasar Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030

“Bidang Ekonomi baharu ini banyak yang sarawak hendak terokai untuk menjadi salah sebuyyah negeri maju di Malaysia jadi untuk merealisasikan perkara itu kita perlukan kepakaran dalam bidang tertentu,” katanya.

Beliau berkata, amat penting melahirkan banyak pakar dalam bidang berkaitan bagi memenuhi permintaan semasa.

“Ketika ini kita keluarkan Methanol, dari methanol kita keluarkan ammonia dan kemudianya baja, semua ini industri hiliran daripada penghasilan Gas asli.

“Untuk menghasilkan industri hiliran ini kita perlukan pakar-pakar dalam bidang petrokimia kerana kebetulan juga kita merupakan pengeluar Gas asli jika tidak dimanfaat kita hanyya menjadi pengeluar gas asli sahaja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS di Kota Samarahan.

Seramai 35 graduan kohort pertama bagi program Ijazah Sarjana Muda Perubatan berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak.

Graduan terbabit antara 3,972 graduan yang menerima Ijazah pada Istiadat Konvokesyen terbabit dan disempurnakan Tan Sri Abang Johari yang juga Pro Cancelor UNIMAS

Turut hadir Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Aljunid yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS.

Loading...
Terkini