comscore
Tumpuan :
Negeri

Terengganu dilanda banjir gelombang pertama

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

TERENGGANU: Hujan lebat dan angin kencang melanda di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan tiga daerah dilanda banjir.

Antara daerah yang terjejas ialah Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, dan Besut.

Setakat jam 4.00 petang tadi, 213 mangsa membabitkan 58 keluarga dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di Kuala Terengganu, 66 mangsa dari 18 keluarga dipindahkan dua PPS iaitu di SK Chendering dan SK Atas Tol.

Manakala di daerah Kuala Nerus, juga dua PPS dibuka menempatkan 115 mangsa dari 30 keluarga di SK Tok jembal dan 21 mangsa dari 6 kelaurga menumpang teduh di SK Bukit Nenas.

Di daerah Besut pula seramai 11 mangsa dari 4 keluarga dipindahkan di PPS Surau Taman Perumahan Bukit Cina.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan sehingga esok.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan berwaspada dan berpindah sekiranya diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Loading...
Terkini