1 Suspek Pecah Rumah Dicekup, 3 Lagi Diburu
Salah seorang daripada penjenayah yang nekad merempuh kenderaan dinaiki sepasang suami isteri dalam cubaan melarikan diri selepas memecah masuk rumah mangsa di Damansara Jaya, Selangor minggu lepas dicekup polis.  Suspek itu ditangkap dalam serbuan di Taman Setapak Jaya jam 9.25 malam tadi.