Enam Pendaki Termasuk Seorang OKU Bakal Tawan Gunung Everest
Malaysia sekali lagi akan memahat nama sebagai negara yang aktif dalam sukan pendakian di pentas antarabangsa apabila buat pertama kali dalam sejarah, satu ekspedisi yang dikenali sebagai Wawasan Everest 2020 akan membariskan enam pendaki tempatan yang berbeza latar belakang dari segi bangsa dan agama.   Bermatlamatkan untuk mempromosi dan membina bangsa Malaysia seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020, paling menarik, salah seorang daripada enam pendaki itu merupakan orang kelainan upaya (OKU). Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3. #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU