KES 1MDB | Najib Luluskan Pinjaman AS$1.75 Bilion - Saksi
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, meluluskan cadangan pinjaman jangka pendek berjumlah 1.75 bilion dollar Amerika melalui pengeluaran nota pinjaman berstruktur selama 10 tahun bagi pengambil alihan syarikat Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB).   Saksi pendakwaan kesembilan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, kelulusan itu diberi Datuk Seri Najib selaku Menteri Kewangan ketika itu. #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU