KES ADIB | Polis Tunggu Arahan Peguam Negara
Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.   Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, D5, Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid berkata polis tidak pernah menutup siasatan kes berkenaan. #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU