PRK KIMANIS | PH Akan Lakukan 'Bedah Siasat'
Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memandang serius kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.   Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pakatan Harapan sedia melakukan bedah siasat  bagi mengetahui  punca dan masalah terutama sokongan belia, dan mencari cara untuk mengembalikan sokongan semula kepada kerajaan. Sementara itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata semua perkara yang dijanjikan dalam PRK Kimanis akan ditunaikan walaupun pembangkang memenangi kerusi berkenaan. Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3. #BuletinTV3 #buletinutama #BU #prkkimanis