LTdL 2020 | Yusof Bebas Pilih 6 Pelumba Terbaik
Pemilihan enam pelumba kebangsaan ke saingan Le Tour de Langkawi (LTdL 2020) akan diputuskan sendiri Jurulatih Berbasikal Kebangsaan, Mohd Yusof Abdul Nasir. Lazimnya pemilihan pelumba perlu melalui proses pembentangan dan perbincangan bersama Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab. Namun Mohd Yusof tetap diberi kebebasan untuk menyenaraikan sendiri pelumba terbaiknya. #BuletinUtama #BU