comscore
Tumpuan :
Operasi

Stor Haram Kumpul Minyak Diesel Subsidi Diserbu

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah stor haram yang dijadikan tempat mengumpul minyak diesel bersubsidi sebelum dijual kepada pengguna industri di Tudan hari ini.

Ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata, serbuan dilakukan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan pasukan Penguatkuasa KPDNHEP bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berhubung aktiviti penyelewengan minyak diesel.

“Siasatan lanjut mendapati premis tidak memiliki sebarang kebenaran daripada pengawal berhubung pemilikan diesel terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu diesel tanpa kebenaran pengawal dan dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, modus operandi yang digunakan adalah mendapatkan bekalan diesel di stesen minyak secara berulang-ulang di sekitar Miri menggunakan kenderaan yang diubahsuai dengan tangki tambahan.

“Diesel akan disedut semula daripada tangki tambahan dan dikumpulkan di tangki simpanan stor.

“Lima suspek lelaki berusia 26 hingga 39 ditahan untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Turut dirampas ialah minyak diesel, sebuah lori tangki, dua buah pikap dan dua buah van.

Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM 255,937.

“Sampel minyak telah diamblil untuk analisis kimia manakala kenderaan yang disita dibawa ke IPD Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini