comscore
Tumpuan :
Nasional

237 Pelajar B40 Di Sarawak Terima Manfaat

SIMUNJAN: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM23,700 yang memanfaatkan seramai 237 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Simunjan dan Samarahan hari ini.

Sumbangan bantuan persekolahan itu telah disempurnakan oleh Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob dalam Program Penyerahan Bantuan Persekolahan YPM kepada pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Beliong, Sekolah Kebangsaan (SK) Sebuyau Esengei, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajah Laila Taib dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chuang Hua Beliong di SK Sebuyau Esengei, Simunjan.

Datuk Mohd Razman berkata, bantuan persekolahan berbentuk wang tunai bernilai RM100 bagi setiap pelajar itu diharapkan dapat membantu mereka terutamanya dalam kalangan keluarga B40 bagi meringankan beban kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan kelak.

“Sumbangan bantuan persekolahan yang disalurkan kepada pelajar memerlukan ini juga diharap dapat menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang dalam pembelajaran dan berjaya pada masa hadapan.

“YPM sentiasa komited untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan golongan B40 supaya tidak terpinggir dalam arus pendidikan yang semakin moden dan mencabar pada masa kini”, katanya.

Untuk rekod, YPM telah melaksanakan bantuan persekolahan di seluruh negara sepanjang tahun 2021 melibatkan seramai 56,798 pelajar menerima manfaat.

Loading...

Terkini