comscore
Tumpuan :
Nasional

Baton Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Di Terengganu

Oleh: Aziz Abdullah

KUALA NERUS: Kehangatan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 semakin dirasai di seluruh negara.

Di Kuala Nerus, Terengganu, Baton Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 diarak dengan cara yang unik, menggunakan bot penambang dan juga beca selepas ia memasuki sempadan negeri dari Kelantan semalam.

Baton berkenaan dibawa dengan bot penambang dari Jeti Seberang Takir menuju ke Jeti Pasar Payang dan perarakannya diketuai ADUN Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dengan dua bot penambang.

Kira-kira 20 minit selepas itu bot penambang yang membawa baton tersebut tiba di jeti Pasar Payang sebelum diarak menggunakan 10 buah beca sejauh kira-kira 100 meter.

Sebaik tiba di hadapan Pasar Payang, baton kemudiannya diserahkan kepada ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamad.

“Secara tidak langsung kita telah mengembalikan semula semangat patriotisma dikalangan anak anak kita yang dapat melihat dan mengikuti program kibaran Jalur Gemilang untuk sambutan kemerdekaan dan secara langsung semangat ini akan perlu perkasa kan,” kata ADUN Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Esok, jelajah baton berkenaan akan diteruskan di daerah Dungun menuju ke daerah Kemaman sebelum memasuki negeri Pahang.

Baton Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Di Terengganu

Loading...
Terkini