comscore
Tumpuan :
Nasional

Hina Agama: Polis Dapat Arahan Dakwa Wanita Dan Teman Lelakinya

PETALING JAYA : Polis mendapat arahan daripada pejabat Peguam Negara untuk menuduh wanita yang didakwa menghina Islam ketika persembahan di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru baru ini.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada 12 Julai 2022 (hari ini ) dan mendapat arahan untuk menuduh suspek wanita di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan:

Suspek lelaki pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Reman ke atas suspek wanita yang tamat pada 12 Julai 2022 (hari ini) disambung selama satu hari sehingga 13 Julai 2022 (Rabu)”

Reman tiga hari terhadap teman lelaki kepada wanita itu juga berakhir esok.

Sebelum ini, video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita ketika persembahan di kelab komedi di TTDI mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Loading...
Terkini