comscore
Tumpuan :
Nasional

Lapan Premis Dikompaun Gagal Kibar Jalur Gemilang

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Lapan premis di bandar raya ini dikompuan kerana gagal mengibar bendera Jalur Gemilang dalalam ‘Ops Patriot’ dilancarkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bermula hari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat, MBK, Norkamawati Kamal berkata, tindakan tegas itu dilakukan bagi memastikan pemilik premis mematuhui arahan mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan.

Menurutnya, 12 pegawai penguatkuasa MBK, menyertai operasi itu dan lokasi tumpuan pemeriksaan ialah di Jalan Besar, Jalan Mahkota dan Jalan Tun Ismail mulai jam 11 pagi tadi.

Pemilik premis gagal mengibar Jalur Gemilang dikenakan tindakan mengikut seksyen 107 (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana gagal mematuhi syarat lesen iaitu tidak mengibar Jalur Gemilang di premis.

Sabit kesalahan boleh dikompuan antara RM250 dan RM1,000.

Norkamawati berkata, hasil tinjuan di sekitar bandar raya terbabit mendapati sebahagian besar pemilik premis perniagaan sudah mengibar Jalur Gemilang.

Bagaimanapun katanya, ada segelintir pemilik premis memasangJalur Gemilang dengan cara tidak betul.

Justeru katanya, pegawai penguatkuasa MBK memberi penerangan kaedah betul pemasangan Jalur Gemilang termasuk tidak menggunakan bendera lusuh atau terkoyak.

Loading...
Terkini