comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Selamatkan Kanak-Kanak Didera, Dua Suspek Ditahan

KAJANG : Polis menahan seorang wanita tempatan dan lelaki warganegara Singapura selepas video mereka mencederakan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kediaman di Taman Perumahan di Beranang, Selangor tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pada jam 12.15 tengah malam tadi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima satu laporan polis berkaitan kes penderaan dan mencederakan kanak- kanak dan satu siasatan telah dijalankan.

“Kejadian dikatakan berlaku pada 18 Julai 2022 di sebuah Taman Perumahan di Beranang Selangor”

“Pengadu dalam kes ini seorang lelaki berusia 20 tahun membuat laporan bahawa mangsa merupakan anak angkat kepada sepasang suami isteri telah dicederakan atau didera pasangan tersebut”

“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa untuk telan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hyper-aktif” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mangsa merupakan seorang kanak kanak perempuan berusia anggaran 4 tahun, merupakan anak kepada Warganegara Indonesia, dimana kelahiran mangsa tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri”

Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api”

Bertindak atas laporan diterima, polis telah bertindak menyelamatkan mangsa pada jam 2.30 pagi Jumaat dan telah menangkap seorang wanita dan lelaki warga Singapura di sebuah rumah di taman perumahan di Beranang, Selangor.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30an”

Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan dibeberapa bahagian badan”

Kes disiasat di bawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

Loading...
Terkini