comscore
Tumpuan :
Politik

10 Kesalahan PH Yang Merosakkan Negara

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, percaya rakyat semakin bijak untuk menilai sama ada wajar atau tidak untuk memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan di laman Facebook berkata, sejarah pentadbiran PH dalam tempoh 22 bulan selepas PRU-14 sudah membuktikan sekurang-kurangnya 10 ‘kesalahan’ dikesan dilakukan gabungan itu yang dilihat membawa kepada kerosakan negara.

Justeru katanya, alasan PH bahawa tempoh 22 bulan itu tidak cukup panjang untuk mentadbir negara adalah tidak selari dengan pemikiran rakyat kini.

“Rakyat masa kini yang bijaksana berpendapat sebaliknya iaitu ‘nasib baik PH cuma mentadbir 22 bulan, jika lebih panjang nescaya Malaysia semakin rosak.

“Jadi jangan biarkan mereka fikir rakyat terlalu naif dan semudah itu untuk masuk ke perangkap yang sama,” katanya

Ahmad Zahid turut menggariskan 10 tindakan dibuat PH yang memberi kesan kepada pentadbiran dan ekonomi negara dalam tempoh mereka memimpin negara.

“Perdana Menteri dari PH ketika itu turut membuat kenyataan yang menjejaskan hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia, perkembangan ekonomi jadi paling perlahan sejak suku ketiga 2009 sebelum penularan COVID-19.

“Selain itu, kebajikan rakyat dikurangkan termasuk bantuan tunai dengan pelbagai alasan antaranya, ‘Barisan Nasional (BN) memanjakan rakyat. Rakyat tidak patut rasa berhak mendapat wang tanpa melakukan sebarang kerja.” katanya.

Beliau berkata, PH juga tidak menghantar wakil membela Malaysia dalam isu tuntutan waris kumpulan Sulu, malah menulis surat ‘mengaku salah’.

“Malaysia juga terlepas kedaulatan Batu Puteh apabila PH menarik balik semakan penghakiman,” katanya.

Beliau berkata PH juga menjual aset negara dengan alasan pembaziran, tetapi hutang negara terus meningkat selain projek infrastruktur untuk rakyat diganggu dan diagihkan antara kroni.

“Kesimpulannya mudah sahaja iaitu pasti semua masih ingat petikan sebuah ceramah sebelum PRU-14 iaitu dalam lima jam macam-macam orang boleh buat apatah lagi lima tahun. Jangan main-main tuan-tuan dengan lima tahun.

“Benda lain kita boleh cuba lima kali setahun. Bab kuasa (pentadbiran negara) kita tidak boleh main-main.

“Yakini BN demi Malaysia bangkit untuk masa depan negara kembali cemerlang dan gemilang,” katanya.

Loading...
Terkini