comscore
Tumpuan :
Politik

200 ahli WARISAN keluar parti, beralih sokongan kepada calon BN Tumpat

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

TUMPAT: Sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) di Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, semakin kukuh apabila 200 ahli Parti Warisan Sabah, (WARISAN) menarik diri dari keahlian parti dan menyertai BN.

Tindakan keluar parti itu diambil kerana isu dalaman calonnya, Khairul Azuan Khairuddin bersama ahli-ahli dan penduduk Tumpat, gagal menemui penyelesaian sehingga kini.

Gerakan itu diketuai pencadangnya sendiri, Muhammad Alimi [email protected]

“Saya tidak percaya dengan apa yang dibawa oleh saudara Khairul Azwan dalam membina dan melaksanakan apa-apa yang berlaku di Tumpat nanti, last minit kita buat macam ni sebab kita sudah banyak bersabar dari hari penamaan calon, dan pihak kami bersama rakan-rakan ajk semua, pilihan terakhir kita surrender. Kita tak mahu membawa saudara Khairul Azwan untuk memimpin kami semua.”

Dalam satu sidang media di Tumpat, beliau memaklumkan perjuangan yang dibawa oleh Datuk Che Abdullah lebih menyakinkan, menyebabkan sokongan mereka beralih kepada BN.

Ujarnya, lebih ramai ahli yang dijangka akan turut keluar parti dalam masa terdekat dan menyatakan sokongan yang sama.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dalam kuatnya fitnah dan serangan daripada PAS kepada saya, nampaknya sokongan terhadap saya semakin kuat. Saya sudah dapat mengumpulkan yang paling awal dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) sendiri yang menarik diri daripada pertandingan dan memberikan sokongan kepada saya apabila beliau tahu saya bertanding atas tiket UMNO -BN,” katanya

Ujarnya, melalui konsep penyatuan dan muafakat ummah yang dibawanya, beliau bersyukur mendapat sokongan daripada pelbagai parti, dalam menghadapi persaingan daripada empat lagi penjuru.

Semalam lebih 30 orang ahli Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) melakukan tindakan yang sama, keluar menyatakan sokongan terhadap Datuk Che Abdullah.

Loading...
Terkini