comscore
Tumpuan :
Politik

PKR pecat pengikut Azmin

KUALA LUMPUR: Seramai 27 ahli PKR dipecat dan keluar parti sejak Pakatan Harapan (PH) tidak lagi menjadi kerajaan, manakala empat lagi ahli dalam proses untuk disingkirkan.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata 27 ahli itu termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang dipecat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada 24 Februari lalu.

“Dua lagi anggota dibuang ketika mesyuarat MPP pada 1 Mac 2020 dan lain-lain anggota menerusi bukti yang dikumpul di media sosial, rakaman video, pengumuman media dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain Azmin dan Zuraida, turut disenaraikan adalah sembilan lagi Ahli Parlimen yang mengikut Ahli Parlimen Gombak itu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Seramai 10 bekas Ahli Parlimen PKR itu kini menyertai BERSATU, manakala Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian memilih untuk menjadi anggota Bebas selepas mengumumkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada saat akhir.

Loading...
Terkini