comscore
Tumpuan :
Politik

3 Naib Presiden MCA pertahan jawatan

Tiga Naib Presiden MCA (dari kiri) Datuk Lim Ban Hong, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Datuk Tan Teik Cheng umum bakal pertahan jawatan pada pemilihan parti kali ini.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti peringkat pusat, 24 September ini.

Mereka bakal berdepan saingan empat calon lain iaitu Ketua Wanita Sabah, Datuk Dr Pamela Yong; Timbalan Bendahari Agung, Datuk Lawrence Low Ah Kiong; Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng; dan Ketua Pemuda Kebangsaan, Datuk Nicole Wong, untuk merebut empat kerusi naib presiden.

Sementara itu, 25 kerusi ditawarkan untuk Ahli Jawatankuasa Pusat yang menjadi rebutan 48 calon.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menerusi kenyataan di Facebook rasminya, mengesahkan akan mempertahankan jawatan dan ditentang bekas Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Tan Chong Seng.

Ka Siong berkata, proses penamaan calon bagi Jawatankuasa Pusat MCA 2023 yang berjalan lancar semalam, menyaksikan gelanggang merebut semua jawatan di peringkat pusat dan sayap Pemuda serta Wanita kini dibuka.

Pemilihan peringkat sayap Pemuda dan Wanita adalah pada 23 September ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini