comscore
Tumpuan :
Nasional

4 ADUN pembangkang yang diarah kosongkan kerusi boleh bertanding semula

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Profesor Dr. Sivamurugan Pandian.

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN pembangkang yang tergugur keahlian mereka melalui Dewan Undangan Negeri hari ini selepas usul pengosongan kerusi diluluskan sidang DUN masih boleh bertanding pada pilihan raya akan datang.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM Profesor Dr. Sivamurugan Pandian berkata ia berikutan peruntukan perlembagaan yang menghalang seseorang wakil rakyat yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding selama 5 tahun telah dimansuhkan.

“Jika sebelum ini Akta 48 (6) perlembagaan yang tidak membenarkan seseorang calon yang mengosongkan kerusinya untuk tempoh 5 tahun kini ianya sudah dimansuhkan” katanya kepada Buletin TV3 secara eksklusif hari ini.

Tambahnya keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berperlembagaan serta mengikut lunas undang-undang seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Ujar Profesor Dr Sivamurugan pengosongan kerusi kesemua empat ADUN terbabit tidak membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan berikutan ia telah melepasi tempoh 3 tahun daripada Pilihan Raya lalu.

Terdahulu hari ini, Usul Pengisytiharan Kekosongan Kerusi DUN Pulau Pinang di bawah Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang itu dicadangkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Ketika membentangkan usul itu berkata, Perkara 14-A Perlembagaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan jelas menetapkan seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya apabila melepaskan, berhenti atau dilucutkan keahlian daripada sesebuah parti politik atau menyertai mana-mana parti politik lain.

Mereka yang diarah mengosongkan kerusi terbabit terdiri daripada ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia iaitu Afif Bahardin; Zulkfili Ibrahim; Khaliq Mehtab Mohd.Ishaq dan Zolkifly Md. Lazim.

Loading...
Terkini