Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUANTAN: Seramai 6,094 anggota tentera mengundi awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Tentera di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kem Batu 10, hari ini.
Jumlah berkenaan membabitkan 10 saluran dengan proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi sehingga 5 petang ini.
Semua anggota itu mengundi bagi kerusi Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri Pulau Manis.
Keseluruhannya seramai 21,164 pengundi awal di negeri Pahang akan mengundi di 50 pusat mengundi awal melibatkan 70 saluran.