comscore
Tumpuan :
Politik

7,025 anggota polis, tentera di Terengganu mengundi awal

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Seramai 7,025 pengawai dan anggota polis dan tentera yang bertugas di negeri ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Jumlah pengundi awal tersebut melibatkan 4,542 pegawai dan anggota polis, manakala baki 2,483 pula terdiri daripada anggota tentera dan pasangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu sebelum ini memberitahu, sebanyak 24 pusat mengundi awal dibuka di seluruh negeri ini bermula pukul 8.00 pagi.

Sebanyak empat pusat mengundi awal dibuka di Parlimen Besut, Setiu (tiga), Kuala Nerus (tiga), Marang (empat), Hulu Terengganu (dua), Dungun (tiga), Kemaman (empat) dan satu di Parlimen Kuala Terengganu.

Sembilan anggota polis kontinjen negeri tersebut yang layak mengundi awal disahkan dijangkiti COVID-19.

Sebanyak 29 pusat mengundi awal mula dibuka dari pukul 8 pagi dibuka di seluruh negeri ini, hari ini.

Tinjauan di Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir, Kuala Nerus mendapati, seramai 800 anggota tentera dan pasangan mengundi awal.

Seawal jam 7.30 pagi tadi, mereka menunggu pusat mengundi dibuka untuk menunggu giliran membuang undi.

Loading...
Terkini