comscore
Tumpuan :
Politik

‘Ada sinar di hujung terowong’ – Noh

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

TANJONG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor memberi tumpuan untuk memenangi 10 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata sehubungan itu beliau meminta semua calon untuk kekal fokus bagi memenangi kerusi terbabit.

“Kita fokus 10 kerusi Parlimen dan bagi saya kalau dapat tujuh pun sudah cukup baik,” katanya, ketika meninjau proses baik pulih sebuah rumah di Kampung Tali Air 3, Sungai Burong, hari ini

Proses baik pulih itu dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Holdings Berhad.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, beliau menyifatkan situasi kali ini ibarat sinar di hujung terowong buat BN Selangor, berdasarkan respon dan reaksi rakyat juga di media sosial.

“Saya rasa suasana berbeza. Kalau dulu kita boleh nampak dan terasa masa itu mungkin akan berlaku keputusan agak luar biasa,” katanya.

Tambah beliau, pihak lawan khususnya Pakatan Harapan (PH) kehabisan idea apabila menggunakan modal kempen kitar semula berkaitan rasuah seperti penyamun dan perompak.

“Kalau berkaitan ekonomi, Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ) telah jawab.

“Dalam tempoh 22 bulan PH memerintah, kita lihat ada pemimpin mereka yang disiasat dan disyaki dalam rasuah serta ada didakwa,” katanya.

Loading...
Terkini